PPK jangan jadi alat politik

Menteri Besar melancar buku Hamparan Kejayaan Usahawan Padi
- Advertisement -

ALOR SETAR: Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dinasihatkan tidak menjadi alat politik kepada mana-mana parti, sebaliknya memberi tumpuan membangunkan PPK di kawasan masing-masing.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, PPK jangan jadi alat untuk menaik atau menurunkan individu tertentu sebaliknya perlu membela nasib peladang.

“Jangan biarkan sesiapa pun memesongkan matlamat penubuhan PPK. Andai matlamat sebenar terpesong, program yang dilaksanakan tidak akan berjaya kerana terselit niat lain,” katanya pada pertemuan dengan PPK MADA di Pejabat MADA Ampang Jajar, petang semalam.

- Advertisement -

Menteri Besar juga berkata, petani yang mengusahakan sawah sekarang kebanyakan berumur 60 tahun ke atas.

Sebaliknya kata beliau anak-anak muda lebih memilih bekerja di kilang daripada bergelumang dengan selut dan lumpur.

“Keadaan itu tidak hairanlah ada di antara petani sanggup mempawahkan bendang kepada orang lain,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 6/11/2020

- Advertisement -