Pegawai Pasti Kelantan meninggal dunia

- Advertisement -

KOTA BHARU: Pegawai Akaun Pasti Negeri Kelantan, Che Noraini Che Sulaiman, 63, meninggal dunia awal pagi tadi selepas lama menderita kanser buah pinggang.

Arwah menghembus nafas terakhir di rumahnya di Paya Bemban dekat sini kira-kira jam 2.40 pagi.

Arwah yang juga bekas ahli jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kelantan pernah mendapat rawatan di Hospital Universiti Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Suaminya, Shamsuddin Mat Daud berkata, isterinya menderita kanser buah pinggang selama setahun lima bulan.

- Advertisement -

“Tahun lepas arwah menjalani pembedahan di HUSM dan selepas itu keadaannya beransur pulih sehingga dibenarkan pulang ke rumah,” katanya di sini.

Arwah pernah belajar di Pakistan bersama suaminya sebelum kembali ke tanah air dan berkhidmat dengan Pasti Kelantan. Shamsuddin pula bertugas sebagai pegawai Aset PAS Kelantan.

Arwah meninggalkan tiga anak, berasal dari Semerak Pasir Puteh. Bapanya Che Sulaiman merupakan bekas Adun Semerak.

Jenazahnya allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Siram Pohon Tanjung Pasir Mas hari ini. – HARAKAHDAILY 6/11/2020

- Advertisement -