MPKB BRI tangguh naik cukai pintu

KOTA BHARU: Kerajaan negeri membuat keputusan menangguh sebarang kenaikan bayaran cukai pintu di kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) bagi tahun 2021.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Dr Izani Husin berkata, penangguhan itu meliputi Seksyen 1 sehingga Seksyen 28.

Oleh itu katanya, notis meminda senarai nilaian di bawah Seksyen 144 Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang bertujuan mengenakan kenaikan cukai pintu bagi 2021 hendaklah diabaikan.

Advertisement

“Bagi tahun 2021 pembayar cukai pintu di kawasan pentadbiran MPKB BRI hanya perlu membuat pembayaran cukai pintu bagi kadar sedia ada,” katanya di sini. – HARAKAHDAILY 6/11/2020