MOSWAY makin dekat di hati penduduk Beting Maro

- Advertisement -

BETING MARO: Aktiviti ziarah MOSWAY merupakan satu inisiatif Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak untuk menziarahi dan menyampaikan pemberian sumbangan keperluan dapur secara berkala kepada penduduk setempat.

- Advertisement -

Menurut Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Batang Lupar, Mahani Mumtaz, ziarah ini bertujuan untuk membudayakan amalan ziarah-menziarahi sepertimana yang dianjurkan di dalam Islam.

“Aktiviti ziarah MOSWAY akan terus dijalankan dari semasa ke semasa bagi membantu penduduk sekitar khususnya dalam menjalani kehidupan harian dalam keadaan dunia sedang dilanda pandemik Covid-19,” ujar Mahani.

Sumbangan adalah berbentuk barangan keperluan dapur seperti beras, minyak dan gula diagihkan kepada 40 penerima yang terdiri daripada golongan OKU, terlantar sakit, dan warga emas yang tinggal di sekitar Kampung Tambak, Kampung Pusa, Kampung Spinang, dan Kampung Semarang.

Turut hadir di dalam program ini ialah Ketua Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Kawasan Batang Lupar, Husna Saadah.

Aktiviti ini berjalan lancar di samping pematuhan tatacara operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pegerakan Pemulihan (PKPP). – HARAKAHDAILY 6/11/2020

- Advertisement -