GLC, GLIC sumbang 150k komputer riba kepada murid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) akan menyumbang sebanyak RM150 juta ke dalam Tabung Cerdik bagi pemberian komputer tiba kepada 150,000 murid di 500 buah sekolah sebagai projek rintis.

Menurut Menteri Kewangan, Senator Tengku Dato’ Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, projek tersebut akan berada dibawah selian Yayasan Hasanah dalam usaha menjadikan pembelajaran secara dalam talian sebagai satu amalan dalam norma baharu.

Disamping itu, kerajaan akan memperuntukkan RM500 juta bagi tahun 2021 untuk melaksanakan inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA) bagi memastikan kesalinghubungan sejumlah 430 buah sekolah di seluruh Malaysia meliputi semua negeri.

- Advertisement -

Justeru itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memperuntukkan RM7.4 billion untuk tahun 2021 dan 2022 bagi memperluas perkhidmatan jalur lebar.

Usaha tersebut adalah bagi menampung keperluan gaya hidup digital yang kini sudah menjadi kelaziman dalam suasana norma baharu, ujarnya ketika membentang Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini. – HARAKAHDAILY 6/11/2020

- Advertisement -