Belanjawan 2021: Teguh Kita, Menang Bersama

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan sekalung tahniah kepada Kerajaan Perikatan Nasional melalui YBM Senator Dato’ Seri Tengku Zafrul Aziz di atas pembentangan Belanjawan 2021 yang bertemakan ‘Teguh Kita, Menang Bersama’ dalam Dewan Rakyat sebentar tadi.

Advertisement

Seperti yang diumumkan, sejumlah RM322.5 billion merupakan perbelanjaan terbesar dalam sejarah yang merangkumi segenap aspek bermatlamatkan kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi.

PAS menyeru agar ahli-ahli Dewan Rakyat membahaskan dan memperincikan belanjawan tersebut dengan bersatu hati serta menumpukan fokus untuk menangani COVID-19 sekali gus memberikan sokongan demi kebaikan rakyat dan negara.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
6 November 2020 | 20 Rabiul Awwal 1442 – HARAKAHDAILY 6/11/2020