Belanjawan 2021 : RM20 juta untuk MySDG Trust Fund

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan dengan kerjasama strategi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Malaysia akan menubuhkan Dana Amanah Malaysia-SDG atau MySDG Trust Fund dengan peruntukan permulaan berjumlah RM20 juta.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, dana berkenaan akan menyediakan platform menyelaras pembiayaan dari sumber awam dan swasta dengan lebih sistematik.

- Advertisement -

Kata Zafrul perkara ini agar pelbagai pihak dapat sama menyumbang dan terlibat dalam melengkapkan dan menentukan SDG terus tercapai menjelang 2030.

Dalam pada itu katanya, kerajaan juga memperuntukan sebanyak RM5 juta untuk menyokong program-program SDG yang dilaksanakan oleh Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia.

Selain itu, kerajaan sedang meneruskan usaha jangka panjang bagi mewujudkan Hab Kewangan Lestari dan meletakkan Malaysia sebagai hab serantau untuk gaya hidup lestari.

“Pada bulan Ogos lalu kerajaan telah menerbitkan sukuk digital pertama iaitu Sukuk Prihatin dengan langganan melebihi sasaran iaitu RM666 juta..

“Namun kini, kerajaan akan menerbitkan Bon Kelestarian pertama di Malaysia untuk tujuan alam sekitar dan sosial pada 2021,” kata beliau dalam pembentangan Bajet 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, kerajaan akan meneruskan Green Technology Financing Scheme 3.0 atau GTFS 3.0 dengan dana diperuntukan sebanyak RM2 bilion selama dua tahun hingga 2022 yang akan dijamin oleh Dana jamin bagi mengelakkan terbitan sukuk Sustainable and Responsible Investment (SRI). – HARAKAHDAILY 6/11/2020

- Advertisement -