Belanjawan RM11.1 bilion sokong pembangunan Bumiputera

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan sejumlah RM11.1 bilion bagi agenda pemerkasaan Bumiputera untuk menyokong pembangunan Bumiputera bagi mengurangkan ketidaksamarataan antara kaum.

Menurut Menteri Kewangan, Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata peruntukan itu adalah tambahan sebanyak RM3.1 bilion berbanding tahun sebelum ini.

- Advertisement -

“Sejumlah RM6.5 bilion diperuntukan untuk menyediakan akses pendidikan berkualiti kepada institusi Bumiputera seperti MARA dan UiTM bagi menjalankan program khusus termasuklah pendigitalan pembelajaran TVET dan menaik taraf program peringkat sijil ke diploma.

Bagi tujuan melonjakkan dan memperkasa Bumiputera sejumlah RM4.6 bilion diperuntukan untuk tujuan itu.

Antaranya RM510 juta diperuntukan kepada PKS dan PKS mikro Bumiputera melalui agensi kerajaan Tekun dan PUNB.

RM800 juta untuk program peningkatan keupayaan oleh Bank Pembangunan dan SME Bank

Manakala RM2 bilion lagi diperuntukkan bagi membantu pembiayaan PKS Bumiputera melalui Syarikat Jaminan Pemblayaan Perniagaan atau SJPP.

“RM1.3 bilion lagi untuk pelbagai program peningkatan kapasiti termasuk pembangunan profesional, Dana Kemakmuran Bumiputera serta program atau projek khusus untuk Bumiputera,” kata Zafrul.

Zafrul berkata demikian dalam pembentangan Bajet 2021 di Dewan Rakyat hari ini. – HARAKAHDAILY 6/11/2020

- Advertisement -