Belanjawan 2021 : Program MySalam diperluaskan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dalam pembentangan Bajet 2021, Menteri Kewangan Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan akan memperluaskan program perlindungan MySalam.

Program berkenaan diperluaskan ke atas tuntutan kos peranti perubatan seperti jantung atau prostesis.

- Advertisement -

Kata Zafrul, setakat 31 Oktober 2020, MySalam telah membayar tuntutan berkaitan
hospitalisasi dan penyakit kritikal sebanyak RM64 juta kepada 56,000 pesakit.

Ujarnya, 19,000 individu telah menerima pampasan berjumlah RM11 juta disebabkan Covid-19.

“Selain daripada perlindungan kesihatan, kerajaan juga bercadang memperluas perlindungan sosial kepada golongan B40 melalui Program Baucar Perlindungan Tenang.

“Melaluinya, setiap penerima bantuan B40 akan diberi baucar RM50 sebagai bantuan kewangan untuk membeli produk Perlindungan Tenang termasuk takaful hayat dan kemalangan diri,” katanya dalam pembentangan Bajet 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Kerajaan juga melanjutkan tempoh pengecualian duti setem ke atas semua produk Perlindungan Tenang dengan sumbangan tahunan tidak melebihi RM100 selama tempoh lima tahun sehingga tahun taksiran 2025. – HARAKAHDAILY 6/11/2020

- Advertisement -