PRN Sabah telan kos RM130 juta

Dato' Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tempoh hari telah menelan kos sebanyak RM130 juta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen), Dato’ Takiyuddin Hassan berkata ia merangkumi keseluruhan kos-kos perolehan pembelian dan sewaan peralatan pilihan raya.

Advertisement

Selain itu, katanya melibatkan kos keperluan peralatan dan sistem ICT, logistik, elaun petugas pilihan raya dan keperluan-keperluan lain yang berkaitan.

“Perbelanjaan ini turut mengambil kira keperluan peralatan mengikut garis panduan pencegahan Covid-19,” katanya dalam Dewan Rakyat, hari ini.

Takiyuddin berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Lim Lip Eng [PH-Kepong] mengenai kos- kos yang telah disalurkan kepada SPR, agensi- agensi kerajaan yang lain seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Penerangan dan sebagainya untuk mengendali Pilihan Raya Negeri Sabah tempoh hari. – HARAKAHDAILY 5/11/2020