PAS, Umno dan Islam

- Advertisement -

SEBENARNYA apabila umat Islam bersatu ia pasti menguntungkan Islam. Kisah penyatuan PAS dan Umno dari 1973 hingga 1978 yang menguntungkan Islam hingga kini.

- Advertisement -

Politik Melayu-Islam mengalami perubahan drastik apabila tercetusnya Peristiwa 13 Mei 1969. Dalam satu artikel yang di tulis oleh Mohammad Tawfik Yaakub dan  Osman Md Rasip menceritakan.

Timbul kesediaan Tun Abdul Razak dari Umno dan Mohd Asri Muda yang menerajui PAS membentuk muafakat politik.

Maka tercetuslah Kerajaan Campuran pada tahun 1973 dan Kerajaan Gabungan Barisan Nasional (BN) pada tahun 1974.

Kali ini kita hanya mahu bincang keuntungan untuk Islam semasa muafakat ini berlaku. Antara keuntungannya:

Pertama:
PAS berjaya mendesak pelaksanaan penyiaran azan dan bacaan ayat- ayat suci Al-Quran di stesen televisyen dan radio milik kerajaan. Bahkan juga berjaya menamatkan iklan dan keputusan perjudian seperti Sport Toto dari disiarkan di televisyen.

Ini adalah hasil rundingan antara Menteri PAS dengan Menteri Penerangan Abdul Taib Mahmud.

Kedua:
Ketika Mohd Asri Muda menjadi Menteri, beliau telah mencadangkan kepada Tun Abdul Razak agar hidangan arak dihentikan dalam majlis-majlis kerajaan. Cadangan beliau telah diterima dan dilaksanakan secara beransur-ansur.

Ketiga:
Penyertaan PAS dalam kerajaan adalah peluang untuk merealisasikan undang-undang Syariah khususnya Hudud. Oleh demikian, Mustapha Ali selaku Timbalan Menteri dari PAS telah berbincang dengan Tan Sri Abdul Kadir Yusof selaku Menteri Undang-undang dan Peguam Negara mengenainya.

Tan Sri Abdul Kadir Yusof menjelaskan bahawa cadangan PAS tersebut perlu melalui pelbagai proses yang sukar dan memakan masa yang panjang untuk melaksanakannya. Walaupun perlaksanaannya tidak berjaya tetapi usaha itu cukup besar.

Keempat:
Abu Bakar Omar selaku Timbalan Menteri Kesihatan pada ketika itu telah bertindak mengarahkan simbol palang (cross) di Kementerian Kesihatan ditukarkan kepada simbol bulan bintang.

Kelima:
Pada 25 Januari 1974 kerajaan telah menubuhkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang berperanan menyelaras tugas-tugas dakwah di negara ini. YADIM adalah usaha kerajaan untuk mewujudkan institusi dakwah Islam yang formal buat pertama kali.

Keenam:
Tun Abdul Razak turut memperkasakan Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri (BAHEIS) sebagai institusi induk yang akhirnya menjadi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Ketujuh:
Mohd Asri Muda mengirimkan guru-guru agama secara formal ke kawasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) bagi pendidikan Islam.

Kelapan:
Intitusi perguruan yang dinamakan sebagai Maktab Perguruan Islam telah ditubuhkan pada bulan November tahun 1977 di Bangi.

Lain-lainnya:
Kerajaan telah menubuhkan Majlis Hal Ehwal Islam Persekutuan. Menubuhkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Dan jawatan Mufti Wilayah Persekutuan turut diwujudkan pada masa ini.

Semua ini berlaku semasa muafakat antara PAS dan Umno dan kesannya sangat baik untuk ummat Islam sampai hari ini.

Walaupun perubahan itu, hanyalah bersifat syiar. Cuba bayangkan kalau muafakat itu belaku kini dengan lebih stabil sudah tentu lebih menguntungkan Islam?


وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا
“Berpegang teguhlah dengan Islam dan jangan berpecah belah.”
(Ali-Imran 103)

Jom kita bersatu dan berdamai demi Islam. Ayuh transformasikan diri kita agar jangan berpecah kerana perkara remeh. Ayuh terus kuat demi Islam.

USTAZ ZUL PANDAN – HARAKAHDAILY 5/11/2020

Sumber asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3426234524161867&id=101047843347235

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -