Pameran kejayaan 3 Dekad di Muzium Negeri

Pameran kejayaan kerajaan negeri sempena 3 Dekad pentadbiran Membangun Bersama Islam (MBI) di Muzium Kelantan. Foto RIZAL TAHIR
- Advertisement -

KOTA BHARU: Sempena sambutan 3 Dekad pentadbiran Membangun Bersama Islam (MBI), Muzium Kelantan menganjur pameran kejayaan kerajaan negeri sejak 1990.

Pengarah Muzium Negeri, Ahmad Shargowi Deraman berkata, objektif pameran tersebut diadakan bagi memberi maklumat berkaitan kejayaan serta perubahan yang dilakukan di bawah dasar MBI.

Katanya, sejarah pentadbiran awal kerajaan negeri bermula 1990 di zaman pentadbiran almarhum Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat sehingga sekarang dipamerkan.

- Advertisement -

“Ia sebagai perkongsian maklumat kepada pengunjung terutamanya anak-anak muda dan golongan pelajar,” katanya di sini.

Pameran berkenaan diadakan di Galeri Pameran Muzium Negeri Kelantan yang diadakan bermula 1 November hingga 31 Disember 2020.

Pameran berkenaan dibuka setiap hari kecuali Jumaat bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. Tiket masuk adalah percuma dan boleh didapati di kaunter Muzium Negeri. – HARAKAHDAILY 5/11/2020

- Advertisement -