Menilai draf Belanjawan 2021 cadangan PH

- Advertisement -

BERIKUT ringkasan kepada enam langkah fiskal dan kewangan utama yang dikemukakan dalam Belanjawan Perpaduan PH. Mari kita nilai cadangan ini dan bandingkan dengan apa yang PH buat dalam tempoh 22 bulan berkuasa. 

- Advertisement -

(1) Meningkatkan sumber Kementerian Kesihatan untuk Wabak COVID-19 dan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) dengan peruntukan khas untuk menangani krisis COVID-19 di Sabah; 

22 bulan berkuasa, PH yang benarkan pelancong China masuk dan tak mahu menutup sempadan negara kepada negara berisiko dengan alasan pelancong yang masuk adalah bebas COVID19. Menteri Pelancongan senyum masa buat pengumuman dan Menteri Kesihatan tersengih-sengih.

(2) Memperluas perlindungan sosial, jaring keselamatan dan pembayaran kebajikan bagi golongan berisiko dan menganggur dengan meningkatkan bantuan bulanan kebajikan kepada RM1,000 sehingga krisis COVID-19 berakhir seperti yang dijanjikan oleh Perdana Menteri di Sandakan pada 30 Ogos yang akan menelan belanja RM12 bilion; 

22 bulan berkuasa PH tamatkan kontrak ribuan kakitangan kerajaan. Beri RM30 melalui e-Wallet dan terus canang negara nak bankrap. 

(3) Pelanjutan moratorium pembayaran balik pinjaman bank sehingga 31 Mac 2021 yang akan menelan belanja RM6.4 bilion; 

22 bulan memerintah, negara hampir bankrap terus dicanang.

(4) Meneruskan subsidi upah sehingga 31 Mac 2021 dan mewujudkan 600,000 pekerjaan seperti dalam program MalaysiaKerja dengan menawarkan insentif selama 2 tahun untuk majikan dan pekerja yang akan menelan belanja RM13 bilion; 

22 bulan memerintah subsidi nelayan RM300 pun ditarik balik.

(5) Peningkatan perbelanjaan pendidikan untuk memastikan kesinambungan pendidikan; dan 

22 bulan memerintah keutamaan hanya diberi kepada sekolah Vernakular Cina. 

(6) Perbelanjaan pembangunan untuk dua (2) projek utama, iaitu, Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) dan menaik taraf infrastruktur air untuk Selangor, Kelantan dan Pahang. 

22 bulan berkuasa berapa peruntukan pembangunan infra air disediakan?

Anda nilai sendiri. 

DR. MOHD FUAD MOHD SALLEH
Shah Alam
5 November 2020 – HARAKAHDAILY 5/11/2020

- Advertisement -