MB rakam tahniah petugas barisan hadapan

- Advertisement -

ALOR SETAR: Menteri Besar (MB) Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada petugas barisan hadapan berikutan kejayaan menangani kes Covid-19 sehingga kadar jangkitan (RO) diturunkan kepada 0.6.

Beliau berkata Kedah diiktiraf ekoran berlakukan penurunan kes dan menjadi contoh kepada negeri lain.

“Strategi yang dibuat Jabatan Kesihatan Negeri didapati berjaya memastikan kesihatan awam dapat diurus dengan baik,” katanya selepas mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, semalam.

- Advertisement -

Baru-baru ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilapor memberitahu kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught (RO) bagi Malaysia sekarang 1.1.

Menurutnya, RO dapat dikurangkan daripada 2.2 ketika bermula gelombang ketiga pada 20 September lepas kepada 1.1 ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). – HARAKAHDAILY 5/11/2020

- Advertisement -