Kenal pasti tanah boleh dijadikan lot rumah

Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan memakai Baju Melayu menghadiri Sidang DUN hari ini
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan negeri merancang mengagihkan lot-lot tanah dalam unit yang lebih kecil kepada rakyat terutamanya di Gua Musang dan Jeli.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, setiap lot seluas tiga ekar akan diberi kepada rakyat di kawasan berkenaan.

Katanya, tanah milik kerajaan tersebut sebelum ini diteroka secara haram pihak tertentu.

“Bagi peringkat permulaan, perancangan itu akan dibuat di Gua Musang dan Jeli memandangkan jajahan tersebut mempunyai tanah yang luas,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan (Dun) hari ini.

- Advertisement -

Persidangan Dun yang bermula hari ini akan menyaksikan pembentangan Belanjawan Kelantan 2021 yang memuatkan pelbagai perancangan kerajaan negeri bagi tahun depan.

Mohd Amar juga berkata, wakil-wakil rakyat boleh mengenal pasti tanah kerajaan di kawasan mereka yang sesuai untuk dijadikan lot rumah bagi keperluan penduduk.

“Apa yang berlaku sekarang ada penduduk tidak mempunyai lot kediaman namun tidak mahu keluar daripada kampung mereka sekiranya diberi lot di tempat lain,” katanya.

Menurutnya juga, program tersebut merupakan pembahagian tanah secara terancang yang akan dilaksanakan kerajaan negeri. – HARAKAHDAIALY 5/11/2020

- Advertisement -