Dun Kelantan benar pakai baju Melayu

Mohd Rusli Abdullah
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Bharu Mohd Rusli Abdullah memakai Baju Melayu ketika menghadiri Sidang DUN hari ini
- Advertisement -

KOTA BHARU: Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan tidak pernah melarang ahli-ahli Dewan Undangan Negeri berpakaian sama ada baju Melayu bersamping atau long suit bertali leher.

Speaker Dun Kelantan, Dato’ Abdullah Ya’kub berkata, etika berpakaian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelantan ialah long suit bertali leher dan baju Melayu bersamping.

“Kebanyakan wakil rakyat mengenakan pakaian baju Melayu dan bersamping, malah ada juga Adun berpakaian long suit bertali leher hadir pada persidangan,” katanya di sini hari ini.

- Advertisement -

Baru-baru ini, Speaker Dun Selangor Ng Suee Lim dilapor menegur pemakaian baju kebangsaan dalam kalangan beberapa Adun pembangkang pada pembukaan sidang Dun.

Sementara itu, Adun Gual Periok, Dato’ Mohamad Awang berkata, etika pemakaian yang ditetapkan dalam pekeliling termasuk baju Melayu dan long suit.

Menurutnya, perkara itu tidak sepatutnya menjadi pertikaian seperti berlaku di Selangor, di mana Speaker Dun melarang pemakaian baju Melayu.

“Pakaian sudah ditetapkan dalam pekeliling termasuk baju Melayu atau berkot dengan tali leher. Ia tidak boleh dipertikai kerana semua negeri mengamal cara berpakaian begitu,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 5/11/2020

- Advertisement -