Dun kecam guru di Perancis pamer karikatur

- Advertisement -

KOTA BHARU: Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan mengecam tindakan seorang guru di Perancis yang menunjukkan karikatur Nabi Muhammad s.a.w.

Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Dato’ Abdullah Ya’kub berkata, perbuatan tersebut menguris hati umat Islam di seluruh dunia.

“Dun Kelantan dengan ini mengambil ketetapan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan guru terbabit yang menunjukkan karikatur dalam kelas semasa mengajar mengenai kebebasan bersuara.

“Tindakan itu menguris hati umat Islam lebih-lebih lagi ia dilakukan pada bulan Rabiul Awal bulan kelahiran baginda Rasulullah s.a.w,” katanya pada persidangan Dun bagi Tempoh Penggal Ketiga Dun Kelantan ke-14 disini, hari ini.

- Advertisement -

Baru-baru ini, Presiden Perancis Emmanuel Macron dilapor mengeluarkan kenyataan yang mendakwa Islam sebagai punca semua krisis yang berlaku di dunia.

Macron membuat kenyataan itu ekoran insiden pembunuhan guru lelaki yang dipenggal kerana menunjukkan karikatur Nabi Muhammad s.a.w di Paris.

Dun Kelantan turut merakam ucapan takziah kepada mangsa gempa bumi yang melanda kawasan percutian di Turki dan Greece baru-baru ini. – HARAKAHDAILY 5/11/2020

- Advertisement -