Bajet Kelantan 2021 tumpu kemakmuran negeri

- Advertisement -

KOTA BHARU: Belanjawan Kelantan 2021 memperuntukkan sebanyak RM1.57 bilion sebagai usaha merangsang kemakmuran negeri bagi kesejahteraan rakyat.

Menteri Besarnya, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, belanjawan tahun depan dirangka berpandukan Strategi Lautan Hijau berasaskan empat strategi iaitu ekonomi, sosial, alam sekeliling dan urus tadbir.

Katanya, bagi melaksanakan empat strategi itu, 14 langkah dirangka untuk memastikan hasrat terbabit tercapai.

- Advertisement -

“Antaranya, memaksimumkan kutipan dan tunggakan hasil tanah serta keseluruhan hasil menerusi pemerkasaan key performance index (KPI) terhadap punca hasil utama.

“Selain itu, mendaulatkan agama melalui pemerkasaan Bahagian Dakwah Halaqat dan institusi pengajian pondok serta menunaikan manifesto PAS Kelantan pada Pilihan Raya ke-14,” katanya ketika membentang Belanjawan Kelantan 2021 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (dun), hari ini.

Belanjawan itu bertema ‘Berkat Perpaduan, Kelantan Sejahtera’ yang menumpukan tiga teras iaitu keberkatan, kemakmuran serta kebajikan.

Menteri Besar juga berkata, bagi program pembangunan diperuntukan sebanyak RM479.29 juta.

“Kerajaan negeri juga memperuntukkan RM87.2 juta bagi pembangunan Bandar Islam (Islamic City) di Pasir Tumboh,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 5/11/2020

- Advertisement -