AADK tumpu penguatkuasaan di kawasan sempadan

Timbalan Ketua Jajahan Pasir Puteh Kamarulzaman Abd Wahab menyampaikan anugerah Tokoh Maulidur Rasul 1442 Hijrah kepada guru Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil, Zurkurnan Yusoff
- Advertisement -

PASIR PUTEH: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kelantan merancang mengadakan kolaborasi dengan agensi penguatkuasa keselamatan di kawasan sempadan.

Pengarah AADK Kelantan, Rohayu Ahmad berkata, kerjasama itu bagi membendung kegiatan penyeludupan dadah ke negeri itu.

Katanya, kerjasama tersebut melibatkan jajahan Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah dan Jeli.

“Daerah itu diberi keutamaan sebelum diperluaskan ke daerah-daerah lain.

“Agensi-agensi berkenaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM).

“Selain itu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Rela,” katanya pada sidang media sempena Program SKUAD Anti Dadah dan Maulidur Rasul di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil di sini, hari ini.

- Advertisement -

Pada majlis itu, seorang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Petai, Zurkurnan Yusoff dianugerahkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul 1442 Hijrah.

Anugerah tersebut disampaikan Timbalan Ketua Jajahan Pasir Puteh Kamarulzaman Abd Wahab.

Rohayu juga berkata, kawasan sempadan merupakan pintu masuk penyeludupan dadah dari negara jiran ke Kelantan. – HARAKAHDAILY 5/11/2020

- Advertisement -