Undi atas talian boleh elak Covid – pensyarah

- Advertisement -

ALOR SETAR: Pilihan raya ketika pandemik Covid-19 mengundang resah pelbagai pihak berikutan penularan semula wabak itu selepas Pilihan Raya Negeri Sabah pada September lepas.

Berikutan masalah itu pelbagai pihak mencadangkan diubah kaedah pilihan raya yang diamalkan sekarang.

- Advertisement -

Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Nor Azlina Zakaria berkata, pilihan raya masih boleh diadakan dengan membuat pindaan kaedah pengundian.

Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Nor Azlina Zakaria

“Contohnya pindaan bagi membolehkan pengundian atas talian dilaksanakan. Beberapa pindaan terhadap peraturan kempen semasa pandemik berlaku juga wajar dibuat,” katanya ketika dihubungi di sini.

Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Redzuan Md Yusuf mencadangkan akta tertentu diwujudkan bagi menangguhkan pilihan raya berikutan krisis kesihatan yang berlaku sekarang.

Dr Nor Azlina juga berkata, sekiranya kaedah khas mengundi dan peraturan kempen semasa pandemik dipinda penangguhan pilihan raya boleh dielakkan.

Seorang peguam, Hamdi Ishak pula menyokong cadangan Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC) bagi membolehkan pilihan raya ditangguh walaupun selepas 60 hari kerusi diisytiharkan kosong. – HARAKAHDAILY 4/11/2020

- Advertisement -