Pacu sektor koperasi untuk pembangunan ekonomi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa untuk terus memacu pertumbuhan sektor koperasi bagi mengukuhkan pembangunan sosio-ekonomi negara.

- Advertisement -

Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid berkata, kejayaan pelaksanaan sektor berkenaan di banyak negara sebelum ini telah menunjukkan ia adalah tunjang yang dapat membantu meningkatkan mobiliti sosial masyarakat setempat khususnya dan negara secara umumnya.

“Menjelang 100 tahun sektor ini bertapak dalam negara, sewajarnya kepentingan sektor ini terhadap sosio-ekonomi negara tidak lagi dipandang enteng bahkan menjadikan ia salah satu ciri penting yang mesti dicapai.

“Kerajaan perlu sentiasa mengarusperdanakan pentadbiran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) terutamanya bagi memastikan pengawalseliaan dan pembangunan koperasi dilakukan secara berstrategik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, aspek pengawalseliaan terhadap pentadbiran koperasi perlu diambil serius bagi mengelakkan penyelewengan serta pembangunan koperasi yang berasaskan pertanian moden.

Tambahnya, jika dilihat ketika ini, koperasi di Malaysia lebih terarah kepada sektor perkhidmatan yang mewakili 86 peratus daripada keseluruhan koperasi.

Dalam pada itu, katanya tahap resilien sektor koperasi perlu diteliti dan diambil tindakan sewajarnya dalam berhadapan dengan kelembapan ekonomi pasca penularan pandemik Covid-19 ketika ini. – HARAKAHDAILY 4/11/2020

- Advertisement -