Masjid Buluh jadi pusat persinggahan baru

- Advertisement -

GUA MUSANG: Masjid Buluh Gua Musang kini menjadi destinasi kunjungan pelancong ke jajahan ini. Terletak berhampiran stesen kereta api dan bersebelahan jalan utama Gua Musang-Kuala Krai.

Berhadapan masjid tersebut juga terdapat gua batu kapur yang boleh dimajukan sebagai lokasi pelancongan.

Dan tidak jauh dari situ tersergam indah ‘Masjid Madinah’ yang terletak di bandar lama Gua Musang. Masjid tersebut antara terbesar di Kelantan turut menarik perhatian pelancong.

Ramai singgah sambil mengabdikan foto berlatar belakang masjid tersebut.

- Advertisement -

Anggota Exco kerajaan negeri, Dr Izani Husin berkata, Masjid Buluh akan dirimbun lagi dengan kira-kira 5,000 pelbagai spesis buluh.

Katanya, pokok buluh tersebut akan ditanam di sekitar masjid sebagai satu tarikan baharu kepada pengunjung ke Gua Musang.

“Pohon-pohon buluh yang ditanam tidak hanya sebagai landskap, dalam masa yang sama bertujuan mengawal hakisan tanah dan menampan angin kuat di sekitar masjid,” katanya ketika meninjau lokasi berkenaan baru-baru ini.

Menurutnya juga, Majlis Daerah Gua Musang akan mengambil inisiatif membina pusat persinggahan baru berdekatan Masjid Buluh yang menawarkan panorama alam semulajadi begitu menarik. – HARAKAHDAILY 4/1//2020

- Advertisement -