KUFC tidak gentar hadapi Perak FA

KOTA BHARU: Pasukan Kelantan United FC (KUFC) tidak mudah mengaku kalah biarpun terpaksa berdepan bekas juara Piala Malaysia pada saingan Piala Malaysia di Stadium Ipoh Sabtu ini.

Pengurus pasukan terbabit, Rozi Muhamad berkata, skuad dari Kelantan itu tidak akan mengaku kalah dengan memberi laluan mudah kepada Perak FA.

Katanya, bertemu dengan pasukan Perak FA yang pernah menjulang Piala Malaysia 2018 sebenarnya memberi motivasi kepada KUFC.

Advertisement

“Jadi fokus utama kita buat kejutan dan menang pada persaingan kalah mati tersebut,” katanya di sini.

KUFC mengorak langkah ke pentas lebih mencabar apabila muncul juara pada saingan Liga M3 musim lepas ketika saingan Liga Premier.

Rozi juga berkata, semuanya bergantung kepada pemain beraksi pada perlawanan tersebut.
“Semua pasukan masih mempunyai peluang untuk menang begitu juga KUFC,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 4/11/2020