PAS Sandakan sumbang aset perubatan dan PPE

- Advertisement -

SANDAKAN: Susulan kes COVID-19 yang meningkat, PAS Kawasan Sandakan telah menyumbangkan aset perubatan dan peralatan perlindungan peribadi (PPE) bernilai RM12,000 kepada Hospital Duchess Of Kent, dekat sini pagi tadi.

- Advertisement -

Menurut Yang Dipertua PAS Sandakan, Sahar Abdul Majid, sumbangan itu dibuat bagi membantu pihak hospital melancarkan lagi perkhidmatan rawatan dalam mendepani wabak COVID-19.

“Kita tidak dapat bantu untuk berada di barisan hadapan, jadi kita bantu dengan sediakan peralatan perubatan seperti ini,” ujarnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah.

Beliau turut merakamkan ucapan penghargaan kepada Dewan Muslimat PAS Kawasan Kudat dan orang ramai yang menyumbang dana bagi menjayakan misi kebajikan tersebut.

“Orang ramai dialu-alukan salurkan sumbangan ke akaun Bank Islam Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan, 10043010001846 bagi membantu aktiviti kebajikan yang dilaksanakan oleh PAS Sandakan,” tambahnya.

Antara peralatan sumbangan yang diserahkan dalam siri tersebut termasuklah set monitor tekanan darah, termometer inframerah, stethoscopes, gaun pengasingan CPE dan lain-lain.

Sementara itu, Pengarah Hospital Duchess Of Kent, Dr Francis Paul ketika menerima sumbangan tersebut menyampaikan ucapan penghargaan kepada PAS Sandakan dan orang ramai atas inisiatif tersebut.

Beliau sentiasa mengalu-alukan sumbangan seperti itu daripada sebarang pertubuhan mahupun orang ramai bagi mengurangkan bebanan pihak hospital dalam menghadapi COVID-19.

Dr Francis juga menasihatkan orang ramai untuk sentiasa menjaga kesihatan dengan mengamalkan saranan-saranan yang telah disampaikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. – HARAKAHDAILY 3/11/2020

- Advertisement -