Pensyarah sokong keluar wang akaun 1 KWSP

Kira-kira 44 peratus daripada 16.7 juta tenaga buruh di negara ini tiada caruman KWSP.
- Advertisement -

KANGAR: Cadangan membenarkan pengeluaran simpanan akaun 1 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) disambut baik orang ramai.

Seorang pensyarah Mohd Fauzie Idris berkata kebanyakan rakyat terkesan dengan kejatuhan ekonomi berikutan pandemik Covid-19.

Katanya, melalui kaedah itu membolehkan pencarum mengeluarkan wang di KWSP bagi keperluan mendesak.

- Advertisement -

“Sungguhpun KWSP bukan penyelamat tunggal dalam menangani krisis ekonomi sekarang, namun ia merupakan kaedah paling cepat untuk memperoleh wang segera bagi kelangsungan kehidupan seharian.

“Jika mahu memulakan perniagaan pun mesti memerlukan modal terlebih dahulu,” katanya di sini.

Semalam Umno mencadangkan Menteri Kewangan, Dato’ Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz membenarkan rakyat mengeluarkan wang simpanan di akaun 1 caruman KWSP.

Sebelum itu, empat wakil Umno yang diketuai Setiausaha Agung, Dato’ Seri Ahmad Maslan mengadakan pertemuan dengan Menteri Kewangan.

Seorang lagi ahli akademik, Anis Bakri, 35, turut bersetuju cadangan tersebut memandangkan sekarang ramai pekerja kehilangan pekerjaaan.

Bagaimanapun Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor berkata, sukar kerajaan membenarkan pengeluaran akaun 1 KWSP walaupun terdapat banyak desakan daripada rakyat. – HARAKAHDAILY 2/11/2020

- Advertisement -