Pelajar UMK terima ‘Food Bank’ YaPEIM

Seramai 300 pelajar dalam kalangan B40 dipilih menerima program Food Bank YaPEIM 1.0 yang bermula sejak Februari lepas.
- Advertisement -

KOTA BHARU: Seramai 100 pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam kalangan B40 menerima sumbangan makanan sempena Program Food Bank Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Naib Canselor UMK, Prof Dato’ Ts Dr Noor Azizi Ismail berkata, sumbangan itu sebagai inisiatif cakna YaPEIM dan UMK bagi membantu pelajar ketika menghadapi pandemik Covid-19.

Katanya, seramai 300 pelajar dalam kalangan B40 dipilih menerima program Food Bank YaPEIM 1.0 yang bermula sejak Februari lepas.

“Seramai 160 pelajar berada di kampus Kota dan 370 lagi di UMK Kampus Jeli dari dalam kalangan B40,” katanya pada majlis sumbangan itu di Dewan Keusahawanan UMK Kampus Kota Pengkalan Chepa semalam.

- Advertisement -

Sumbangan Food Bank YaPEIM disempurnakan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) Prof Ts Dr Zaliman Sauli dan Ketua Jabatan Komuniti YaPEIM Kelantan Azman Zakaria. – HARAKAHDAILY 2/11/2020

- Advertisement -