PAS Lahad Datu terus misi prihatin ke-24

LAHAD DATU: PAS Lahad Datu meneruskan Misi Prihatin kali ke-24 bagi membantu penduduk yang terjejas berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat Bersasar (PKPDB) di daerah itu.

Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Silam, Nizam Latuah berkata sasaran bantuan termasuk penduduk miskin, anak-anak yatim dan ibu tunggal yang terputus bekalan makanan.

Advertisement

Katanya, pada misi bantuan tersebut sebanyak 158 set makanan diagihkan di Kampung Binuang dan Kampung Burung kelmarin.

“Bantuan diusahakan PAS Lahad Datu bagi membantu penduduk yang terjejas disebabkan pelaksanaan PKPDB di daerah tersebut ekoran penularan wabak Covid-19,” katanya di sini semalam.

Turut hadir pada program itu Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Silam, Mohd Ahzam Che Mat dan ahli jawatankuasa Pemuda PAS kawasan tersebut. – HARAKAHDAILY 2/11/2020