MB dinasihat kurangkan pergerakan fizikal

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar (MB) Terengganu dinasihat pakar perubatan supaya mengurangkan pergerakan fizikal sekurang-kurangnya enam minggu.

Ini berikutan Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar baru selesai menjalani pembedahan kecil di bahagian lututnya.

- Advertisement -

Setiausaha Politik Menteri Besar itu, Muhyidin Abdul Rashid berkata, menteri besar menjalani pembedahan lutut atau ‘ACL Reconstruction and cartilage repair’ di sebuah hospital di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Ekoran itu katanya, doktor pakar menasihatkan Dr Ahmad Samsuri mengurangkan pergerakan fizikal yang boleh memberi kesan proses penyembuhan berikutan pembedahan tersebut.

“Pembedahan dilakukan kerana kecederaan dalaman pada ligamen lutut akibat terseliuh ketika menteri besar menyertai aktiviti riadah,” katanya di sini.

Bagaimanapun kata Muhyidin, Dr Ahmad Samsuri tetap meneruskan urusan penting pentadbiran termasuk mesyuarat kerajaan negeri (MKN). – HARAKAHDAILY 2/11/2020

- Advertisement -