Mael Totey, tahniah Syahmi Sazli – MP Pasir Mas

Foto FB Syahmi Sazli
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kejayaan filem Mael Totey The Movie yang diarahkan oleh seorang anak muda dari Kelantan yang merupakan Youtuber, Syahmi Sazli telah mendapat perhatian Ahli Parlimen Pasir Mas, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari dengan merakamkan ucapan tahniah di dalam Dewan Rakyat, hari ini.

- Advertisement -

Menurut Ustaz Ahmad Fadhli, kejayaan anak muda itu perlu dibanggakan kerana filem yang dibuat dengan menelan bajet serendah RM400,000 lebih mampu mencatat sejarah dengan kutipan RM4 juta dalam tempoh lapan hari tayangan.

“Bagaimana seorang anak muda ini saya kira tidak mempunyai bantuan daripada pihak kerajaan dari sudut kewangan untuk menerbitkan filemnya sendiri, dengan kreativitinya telah berjaya membuka mata pengusaha-pengusaha filem tempatan.

“Dalam keadaan suasana pandemik Covid-19 pada hari ini, pawagam ditutup tetapi masih ada ruang baharu untuk karyawan kita menerbitkan filem masing-masing dan ia telah dimulakan oleh seorang anak muda yang masih belum ada pengalaman dalam dunia penerbitan filem,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Koperasi (Pindaan) 2020

Filem Mael Totey The Movie arahan Syahmi Sazli telah disiarkan di Astro First saluran 480 sejak 22 Oktober lalu dengan harga langganan RM15.90.

Mengulas lanjut, Ustaz Ahmad Fadhli berkata ini membuktikan bahawa potensi yang ada pada anak muda tidak bolefh dipandang rendah.

Terdahulu, beliau telah mencadangkan supaya penubuhan koperasi turut mensasarkan anak muda yang masih berjinak dalam dunia keusahawanan.

“Orang muda jika diberi peluang untuk berkreativiti mereka boleh mencatatkan kejayaan.

“Betapa ramai anak muda pada hari ini telah mencatat nama sebagai usahawan digital dengan mempromosikan produk kesihatan dan kecantikan tanpa bantuan daripada kerajaan mereka boleh berjaya,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 2/11/2020

- Advertisement -