PASRelief lancar bantuan untuk Turki

- Advertisement -

GEMPA kuat dengan kekuatan 7 skala richter telah melanda kawasan percutian di Turki dan Greece pada Jumaat lepas. Pusat gempa berada di Laut Aegean sekitar 11 batu (17km) di pantai wilayah Izmir Turki, dengan kedalaman 10 batu (16km).

- Advertisement -

Berita semasa melaporkan gempa ini telah mengakibatkan runtuhan bangunan dah telah meragut lebih 39 orang nyawa. Setakat ini, kira-kira 100 orang telah berjaya diselamatkan daripada runtuhan, walaubagaimanapun masih banyak mangsa yang terperangkap dan gempa susulan telah mengganggu kerja-kerja menyelamat.

Dengan ini, PASRelief atas dasar kemanusiaan melancarkan kempen #danaGempaTurki untuk membantu rakyat Turki yang terjejas akibat gempa bumi dengan mengumpulkan dana untuk disalurkan.

Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat.”
(Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ayuh bersama-sama ringankan beban saudara kita di sana. Salurkan sumbangan anda melalui :

Akaun: Tabung Kemanusiaan Antarabangsa
No Akaun: 5640 7061 1352 (Maybank)
‘Reference’: Turki

Facebook:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3397868730289385&id=1300614830014796

Instagram:
https://www.instagram.com/p/CHCPt3sF6Fe/?igshid=181tr7m0ixntx

- Advertisement -