Takziah atas bencana gempa bumi di Turki dan Greece

- Advertisement -

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada Kerajaan Turki dan Greece ekoran bencana gempa bumi yang melanda negara itu. 

Gempa bumi yang berlaku di Laut Aegean itu telah memberi kesan kepada bahagian Pantai Barat Turki dan beberapa bahagian di Greece sehingga mengakibatkan puluhan nyawa terkorban dan ratusan lagi tercedera.

PAS menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama mendoakan agar misi membantu dan menyelamatkan mangsa dipermudahkan. 

- Advertisement -

PAS juga menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di lokasi terjejas supaya menghubungi Kedutaan Malaysia di sana sekiranya memerlukan bantuan.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
31 Oktober 2020 | 14 Rabiul Awwal 1442 – HARAKAHDAILY 31/10/2020

- Advertisement -