Skim Agro Makanan bantu usahawan mikro

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi melawat projek usahawan agro di Kampung Kok Seraya, Wakaf Bharu dan Kampung Tasek Berangan.
- Advertisement -

TUMPAT: Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM65.26 juta melalui Skim Agro Makanan bagi membantu usahawan mikro dan komuniti B40 yang terjejas akibat Covid-19.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, peruntukan itu disediakan dalam tempoh empat bulan sejak Jun lepas.

Katanya, bantuan tersebut di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang disalur melalui Agrobank.

- Advertisement -

“Ia memberi manfaat kepada 7,855 usahawan agro sejak dilancarkan pertengahan tahun ini.

“Agrobank turut menawarkan penyusunan semula kemudahan pembayaran usahawan yang terjejas tanpa menjejaskan status CCRIS (Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat) peminjam,” katanya ketika lawatan ke projek usahawan agro di Kampung Kok Seraya, Wakaf Bharu dan Kampung Tasek Berangan.

Che Abdullah berkata, permohonan kemudahan itu dibuka hingga Jun tahun hadapan.

- Advertisement -