Teladani Rasulullah membina Ummah Rabbani

- Advertisement -

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul 1442H bersamaan 2020M buat seluruh umat Islam. 

Seiring dengan tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini, ‘Ummah Rabbani Negara Harmoni’ seharusnya kita mencontohi usaha dakwah dan tarbiah yang diajarkan oleh Baginda Nabi S.A.W dalam membina masyarakat dan negara yang sejahtera.

- Advertisement -

Allah S.W.T berfirman di dalam surah al-A’raaf ayat 96:

“Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.”

Justeru, peristiwa hitam penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W yang tetap berulang ekoran agenda Islamofobia tidak seharusnya dipandang sepi oleh umat Islam. 

PAS menyeru umat Islam bersama mempertahankan Rasulullah S.A.W kerana haram sama sekali ke atas kita menghina Baginda Nabi S.A.W. Kita wajib pertahankan Islam dan bersatu hati bagi menjaga kesucian agama ini daripada sebarang penghinaan musuh-musuh Islam di seluruh dunia. 

Sempena tarikh kelahiran Rasulullah ini juga, PAS mengajak seluruh umat Islam untuk merenung kembali perjalanan kehidupan Rasulullah S.A.W serta berusaha mengamalkan sunnah Baginda. Dengan mengamalkan sunnah, itu tanda mencintai Rasulullah S.A.W dengan sebenar-benar kecintaan. 

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

JABATAN PENERANGAN DAN MEDIA BAHARU PAS PUSAT – HARAKAHDAILY 29/10/2020

- Advertisement -