Petani harap Bajet 2021 tumpu sektor pertanian

KOTA BHARU: Sektor pertanian tempatan terus berkembang walaupun negara sedang berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ekoran penularan wabak Covid-19.

Usahawan tani, Mohd Khalid Mat Zari berkata, kebergantungan kepada makanan import dapat dikurangkan, apabila semakin ramai rakyat tempatan terbabit dengan sektor tersebut.

Advertisement

“Saya berharap kerajaan dapat memperkasakan lagi sektor terbabit dengan peruntukan lebih besar pada belanjawan 2021 untuk menghasilkan lebih banyak sumber makanan negara.

“Mungkin satu hari nanti kita tidak akan bergantung hasil import, kalau tidak pun dapat dikurangkan kebergantungan bekalan makanan dari negara luar,” katanya di sini.

Beliau turut berharap semua Ahli Parlimen sama ada dari kerajaan dan pembangkang supaya dapat bersatu bagi meluluskan pembentangan belanjawan 2021.

Menurutnya juga Ahli Parlimen hendaklah mempermudahkan kelulusan belanjawan tersebut selaras dengan hasrat Yang di-Pertuan Agong supaya Ahli Parlimen kurang politiking. – HARAKAHDAILY 29/10/2020