Bekalan makanan di kawasan PKPD mencukupi

Foto RIZAL TAHIR
- Advertisement -

TANAH MERAH: Orang ramai yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sabah tidak perlu membuat pembelian panik memandangkan bekalan makanan di negeri itu mencukupi.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, mereka juga tidak perlu panik dengan maklumat palsu sehingga ramai membuat pembelian di luar kawalan.

- Advertisement -

Kata beliau, kerajaan tidak mempunyai masalah untuk membekalkan makanan kepada rakyat di kawasan PKPD di negeri itu.

“Sama ada bekalan di Sabah atau di mana-mana negeri seluruh negara tidak mempunyai masalah.

“Pihak kementerian akan pastikan bekalan makanan mencukupi untuk keperluan rakyat,” katanya ketika melakukan Lawatan Kerja ke Projek Kelompok Jagung Kampung Paloh di sini, semalam.

Turut hadir Adun Bukit Panau, Dato’ Abdul Fattah Mahmood.

Terdahulu Che Abdullah melakukan lawatan ke ladang durian di Kampung Bechah Laut di sini.

Tanaman berkenaan diusahakan Dato’ Ng Chiang Cin di atas tanah seluas tujuh hektar.

Ladang berkenaan diusahakan sejak tahun 2017 dengan tanaman lima spesis durian bermutu tinggi antaranya D197 dan D200. – HARAKAHDAILY 29/10/2020

- Advertisement -