Umat Islam diajak boikot produk Perancis

KANGAR: Umat Islam di Malaysia diajak memboikot barangan buatan Perancis sebagai tanda solidariti menentang provokasi pemimpin negara itu terhadap kesucian agama Islam.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis Ustaz Muhammad Azmir Azizan berkata, tindakan yang dilakukan mereka sangat melampau walaupun atas nama kebebasan hak bersuara.

Advertisement

“Oleh itu kami menyokong penuh tindakan PAS menghantar memorandum bantahan kepada Kedutaan Perancis semalam,” katanya pada satu kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini Presiden Perancis Emmanuel Macron dilapor menegaskan negara itu tidak akan menghalang penerbitan kartun menghina Nabi Muhammad SAW atas alasan kebebasan bersuara.

Muhammad Azmir juga berkata, terdapat gambar menghina Nabi Muhammad SAW di beberapa bangunan di Perancis. – HARAKAHDAILY 28/10/2020