Terengganu perkenal pelan induk berteras Islam

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri memperkenalkan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS2030) yang berpandukan prinsip Islam.

Pelan pembangunan itu bagi membawa Terengganu menjadi negeri ‘Maju, Berkat dan Sejahtera’ menjelang 2030.

- Advertisement -

Menteri Besar Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perancangan PITAS2030 lebih holistik dan komperehensif bagi manfaat rakyat.

Katanya, menyedari kepentingan dan peluang yang disediakan teknologi digital, kerajaan digital menjadi pemboleh daya yang menyokong teras PITAS2030.

“Ini bertepatan dengan situasi semasa kerana kita memasuki gerbang Revolusi Perindustrian 4.0 yang sangat berbeza.

“Jika kita menoleh ke belakang revolusi perindustrian bermula dengan penciptaan mesin yang menggunakan kuasa enjin stim. Ketika ini industri digerakkan kuasa air dan stim.

“Revolusi Perindustrian kedua berbekal penggunaan elektrik yang mendorong beberapa penciptaan baru seperti telefon, pemancar gelombang radio dan kereta,” katanya pada pelancaran Pelan Induk Kerajaan Digital Pintar Terengganu dan Pelan Srategik Taman Maya AI Terengganu di Dewan Besar Wisma Darul Iman hari ini.

Manakala Revolusi Perindustrian ketiga muncul komputer dan internet.

Ahmad Samsuri berkata, sekarang semua pihak sedang bersiap menempuh era Revolusi Perindustrian 4.0. – HARAKAHDAILY 28/10/2020

- Advertisement -