RM2.5 juta bantu usahawan wanita

Mohd Jefree Setapa, 54 menerima bantuan peralatan bernilai RM10,000 di bawah seliaan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).
- Advertisement -

PASIR PUTEH: Kerajaan Kelantan membantu usahawan wanita yang berpotensi bagi meningkatkan produk pengeluaran mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, peruntukan sebanyak RM2.5 juta disediakan kerajaan negeri bagi tujuan tersebut.

Katanya bantuan yang diberi kepada usahawan terbabit termasuk mesin pengadun, dapur dan freezer.

- Advertisement -

“Sebahagian besar mereka menghasilkan produk tradisional saperti cikmek, agar-agar, apam, baulu, kerepek dan kuih terkini,” katanya selepas menyampaikan bantuan peralatan kepada seorang peserta di bawah Program Rezki Tani di Chabang Tiga Merkang di sini, semalam.

Pada majlis berkenaan, Mohd Jefree Setapa, 54 menerima bantuan peralatan bernilai RM10,000 di bawah seliaan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).

Tuan Saripudin yang juga Adun Selising berkata, setiap peserta yang dipilih perlu mengikuti kursus bagi menimba lebih banyak pengalaman dan mendalami ilmu pengurusan. – HARAKAHDAILY 28/10/2020

- Advertisement -