Rakyat mahu ahli parlimen sokong Bajet 2021

- Advertisement -

KANGAR: Menjelang sidang parlimen Isnin ini pelbagai pihak berharap ahli politik berhenti bercakaran semata-mata merebut kuasa politik.

Malah mereka meletak harapan tinggi supaya ahli-ahli parlimen termasuk pembangkang mendukung usaha kerajaan menangani wabak Covid-19 melalui pembentangan Bajet 2021.

Seorang juruteknik Nurliyana Samsudin, 27, berharap pemimpin politik berhenti bergolak sesama sendiri bagi merebut jawatan ketika wabak penyakit semakin menular sekarang.

Katanya, mereka hendaklah menghormati titah Yang di-Pertua Agong yang mengingatkan ahli-ahli politik menghentikan segera segala politiking yang boleh menggugat kestabilan negara.

- Advertisement -

“Begitu juga penyokong kerajaan hendaklah bersatu padu dan jangan hanya memandang jawatan dan kuasa semata-mata dalam suasana wabak penyakit sekarang,” katanya di sini.

Foto kiri, Nurliana Samsudin. 27. Foto kanan, Azarul Razali, 36.

Penyelia projek Azarul Razali, 36, mencadangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) segera menggubal Akta Antilompat Parti bagi memastikan kerajaan yang ada sekarang lebih stabil.

Katanya akta itu yang sudah lama dibahas namun belum dapat dilaksanakan.

“Akta tersebut begitu penting bagi memberi pengajaran kepada ahli-ahli politik yang suka melompat parti hanya mencari keuntungan diri sendiri sahaja,” katanya. – HARAKAHDAILY 28/10/2020

- Advertisement -