Jangan undang kemarahan umat Islam

- Advertisement -

DEWAN Muslimat PAS Malaysia turut mengikuti perkembangan isu semasa terkini yang berlaku di benua Eropah iaitu Perancis. 16 Oktober lalu, dunia dikejutkan dengan tragedi berdarah yang berlaku terhadap seorang guru subjek sejarah di sebuah sekolah di Perancis. Guru tersebut telah dibunuh oleh pelajarnya dengan dipenggal kepala berpunca dari tindakan guru itu yang menayangkan beberapa lukisan penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W.

Sebelum ini, bangkit juga isu penghinaan terhadap Nabi apabila seorang penerbit, Charlie Hebdo menerbitkan semula kartun kontroversi menghina Nabi Muhammad S.A.W yang juga telah mengundang kemarahan umat Islam.

Dewan Muslimat PAS Malaysia turut menyatakan kekecewaan terhadap tindakan Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang mempertahankan guru tersebut. Lebih mengecewakan lagi apabila Emmanuel Macron memberi anugerah khas sebagai penghargaan kerana dianggap sebagai ‘hero’ kepada hak kebebasan.

- Advertisement -

Dewan Muslimat PAS Malaysia menggesa agar Presiden Perancis menarik balik gelaran hero tersebut. Ini kerana, adakah ia suatu yang perkara  membanggakan, bila menghina  kepercayaan sesuatu agama, apatah lagi Islam adalah antara agama yang ramai penganutnya di Perancis selepas agama Kristian.

Tindakan tidak menghormati antara satu sama lain, merangsang kebencian menghancurkan kesejahteraan dan kedamaian hidup bermasyarakat mesti diboikot dan dicegah sama sekali.

“Islam Memimpin Wanita Sejahtera”
“Islam Memperkukuh Perpaduan”

YB SENATOR USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 28/10/2020

- Advertisement -