Dun Kelaboran agih RM130,000 Skim Kifaalah

Adun Kelaboran Mohd Adanan Hassan menyampaikan sumbangan kepada penduduk di Mukim Bendang Keria, Kelantan. Foto RIZAL TAHIR
- Advertisement -

TUMPAT: Keluarga warga emas di Kelantan beruntung apabila mendapat sumbangan sebanyak RM1,000 daripada kerajaan negeri apabila mereka meninggal dunia.

Sumbangan tersebut melalui Skim Kifaalah yang diwujudkan kerajaan negeri sejak lebih 10 tahun lalu. Warga emas yang berusia 55 tahun dan ke atas layak menyertai skim tersebut.

Adun Kelaboran, Mohd Adanan Hassan berkata, Pusat Khidmat Dun Kelaboran membelanjakan sebanyak RM130,000 melalui skim berkenaan sejak Januari sehingga sekarang.

- Advertisement -

Katanya jumlah tersebut melibatkan seramai 130 warga emas yang meninggal dunia dalam tempoh terbabit.

“Skim Kifaalah disumbang kerajaan Kelantan kepada wasi (waris) si mati apabila mereka meninggal dunia.

“Sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan keluarga bagi pengurusan jenazah,” katanya selepas menyampaikan sumbangan berkenaan di Mukim Bendang Keria di sini hari ini. – HARAKAHDAILY 28/10/2020

- Advertisement -