Bajet Kedah 2021 fokus aktif sektor ekonomi

- Advertisement -

ALOR SETAR: Kerajaan negeri berusaha mengaktifkan semula sektor ekonomi dan memaksimum kutipan hasil bagi merangsang pembangunan negeri itu.

Perkara itu dijangka diperincikan dalam Bajet Kedah 2021.

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kutipan hasil tersebut meliputi cukai atau bayaran yang perlu dijelaskan kepada kerajaan.

- Advertisement -

Katanya, perincian perancangan kerajaan itu akan dibentang melalui Bajet Kedah 2021 sempena persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang akan berlangsung pada 15 hingga 19 November ini.

“Bajet tersebut dijangka memberi fokus kepada usaha-usaha meningkatkan kutipan hasil berikutan prestasi kutipan hasil tahun agak menurun.

“Perkara tersebut berlaku berikutan pandemik Covid-19 yang bukan sahaja menjejaskan Kedah, malah seluruh dunia menghadapi krisis yang sama,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco Wisma Darul Aman hari ini.

Menteri Besar juga berharap syarikat, pihak persendirian dan penduduk menjelaskan segera cukai kepada kerajaan bagi mereka yang belum berbuat demikian tahun ini. – HARAKAHDAILY 28/10/2020

- Advertisement -