Pembangkang perlu henti polemik politik

Ketua Dewan Muslimat PAS Kedah
- Advertisement -

ALOR SETAR: Semua pihak terutamanya pemimpin pembangkang diharap menghentikan polemik politik bagi memberi fokus kepada pandemik Covid-19 yang semakin membimbangkan sekarang.

Ketua Dewan Muslimat PAS Kedah Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali berkata, pengembelingan tenaga dan buah fikiran perlu dalam situasi sekarang tanpa mengira fahaman politik.

Katanya, kerjasama semua pihak sangat penting ketika negara dilanda wabak sehingga menyebabkan jumlah kematian semakin meningkat.

- Advertisement -

“Semua pihak perlu mencari kaedah bagi mewujudkan kesejahteraan rakyat ketika ramai berdepan kesukaran bagi mencari rezeki sekarang,” katanya yang juga anggota Exco kerajaan negeri, di sini, hari ini.

Menurutnya, usaha itu selaras dengan saranan Yang di-Pertuan Agong yang mahu ahli-ahli parlimen tidak meneruskan tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh mengganggu-gugat kestabilan kerajaan sekarang. – HARAKAHDAILY 27/10/2020

- Advertisement -