Liputan media sekarang nampak lebih manis

Timbalan Menteri Besar, Dato' Mohd Amar Abdullah ketika merasmikan Majlis Anugerah Kewartawanan Kelantan di Kelantan. Foto RIZAL TAHIR
- Advertisement -

KOTA BHARU: Liputan media terhadap Kelantan sekarang nampak lebih seimbang ekoran perubahan politik peringkat negara.

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, Kelantan hari ini menjadi sebahagian daripada kerajaan Persekutuan.

“Perkembangan sekarang yang manis lebih banyak kelihatan berbanding yang masam kalau dilihat berdasar liputan media.

“Saya percaya wartawan sentiasa melaporkan yang benar seperti biasa, cuma atas arahan atau agenda organisasi media. Ini normal tetapi laporan mesti benar dan bermanfaat,” katanya ketika merasmikan Majlis Anugerah Kewartawanan Kelantan di sebuah hotel di sini malam tadi.

- Advertisement -

Program tahunan itu dianjurkan Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi).

Turut hadir Ahli anggota Exco Dato’ Mohd Nassuruddin Daud; Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama Ustaz Ahmad Marzuk Shaari dan Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat.

Mohd Amar juga berkata, hubungan media dengan ahli politik dan kerajaan tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain kerana kedua-dua saling memerlukan.

“Bagi kita orang politik hubungan wartawan seperti irama dan lagu yang tidak boleh dipisahkan, orang politik tidak boleh kalau tiada wartawan, saling perlukan.

“Cuma hubungan kita (kerajaan negeri) pada tahun-tahun lepas lebih bersifat masam-masam manis, kadang-kadang banyak masam daripada manis,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/10/2020

- Advertisement -