Laksana segera Agenda Perdamaian Nasional

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato’ Ahmad Jazlan Yaakub .
- Advertisement -

KOTA BHARU: Agenda Perdamaian Nasional perlu dilaksana segera sebagai membuktikan Umno merintis dan menunjangi perpaduan tanpa mengira fahaman politik.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato’ Ahmad Jazlan Yaakub berkata, agenda itu sebagai lanjutan daripada usaha Umno dan PAS membentuk kerjasama penyatuan ummah.

Katanya agenda Muafakat Nasional jelas menjamin kedudukan serta perpaduan umat Melayu dan Islam.

“Agenda perdamaian ini secara langsung berupaya menghentikan polemik dan kecelaruan politik negara daripada berterusan kerana ia tidak menguntungkan rakyat.

- Advertisement -

“Umno menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong yang sentiasa mengutamakan kepentingan dan keselamatan rakyat.

“Dengan titah baginda saya berpandangan keputusan yang diambil Majlis Kerja Tertinggi Umno adalah tepat dengan meletakkan rakyat sebagai keutamaan,” katanya pada satu kenyataan di sini, hari ini.

Malam tadi, Presiden Umno, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Umno terus mendukung kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin. – HARAKAHDAILY 27/10/2020

- Advertisement -