Usah berpolitik tanpa mengira masa

KOTA BHARU: Hasrat kerajaan dilihat murni kerana mahu menyekat penularan wabak Covid-19 dengan mencadangkan peraturan yang lebih ketat untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong.

Penasihat NGO Sinergi Intelektual Bachok, Mohd Firdaus Mohamed Nawi berkata, kenyataan Istana Negara semalam membuka lembaran baru rakyat di negara ini.

Advertisement

Katanya, langkah kerajaan yang mencadang mempertimbangkan perintah darurat kesihatan semata-mata untuk mengekang wabak dan mengurangkan kerenah politik.

“Wabak Covid sekarang kian meningkat, jadi usaha kerajaan mengemukakan pelbagai cadangan termasuk darurat kesihatan bukan perkara pelik.

“Lagipun peraturan yang serupa pernah dilaksanakan di banyak negara dan ternyata berjaya. Kita perlu melihat dari aspek postif dan bukannya berpolitik tanpa mengira masa dan ketika,” katanya di sini.

Semalam Istana Negara dalam satu kenyataan menyebut Yang di-Pertuan Agong menasihatkan tidak perlu ahli-ahli parlimen meneruskan tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh mengganggu gugat kestabilan kerajaan sedia ada.

Pengerusi Kelantan Muafakat Darul Naim Mohd Afif Rabbani Abdullah berkata, nasihat Yang di-Pertuan Agong supaya ahli politik tidak berpolitik ketika negara berhadapan wabak Covid-19 perlu diberi perhatian serius. – HARAKAHDAILY 26/10/2020