UMMAH gesa parti politik cari formula perdamaian

- Advertisement -

GERAKAN Pembela Ummah (UMMAH) menjunjung penuh titah Yang di-Pertuan Agong sebagaimana kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Istana Negara pada petang semalam (25 Oktober 2020) selepas Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu.

UMMAH menyanjung tinggi dan menghargai pengiktirafan yang telah diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong kepada keupayaan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung gejala wabak COVID-19 ini dari terus merebak.

UMMAH menyanjung tinggi di atas keprihatinan Yang di-Pertuan Agong agar negara terus dipelihara kesihatan, kestabilan dan kemakmuran seterusnya menasihatkan agar semua Ahli Parlimen menyokong Belanjawan Negara 2021 bagi mendepani COVID-19 seterusnya mengukuhkan ekonomi negara pada pembentangan sesi Parlimen akan datang.

- Advertisement -

UMMAH mempertegaskan bahawa titah Yang di-Pertuan Agong yang mengingatkan ahli-ahli politik untuk menghentikan segera segala ‘politiking’ yang boleh mengganggu gugat kestabilan pemerintahan negara.

UMMAH juga menempelak mana-mana pihak yang cuba menimbulkan keresahan dengan mempertikaikan titah Yang di-Pertuan Agong sehingga mengelirukan rakyat perlu dihentikan serta merta dan tindakan tegas perlu diambil oleh pihak keselamatan.

UMMAH turut mencadangkan semua pihak dan parti politik mengangkat gencatan senjata politik dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dan mencari formula perdamaian.

Oleh itu, UMMAH, Majlis Perundangan Melayu serta seluruh NGO-NGO Islam tanah air mencadangkan ditubuhkan suatu Majlis Permuafakatan Negara yang terdiri daripada wakil parti-parti politik, wakil pegawai tertinggi kerajaan, wakil ilmuan Islam, cendikiawan, profesional dan akademik, wakil NGO-NGO utama, wakil NGI dan tokoh masyarakat.

Sekiranya cadangan ini tidak dihormati, maka dicadangkan Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat.

UMMAH berkeyakinan penuh Yang di-Pertuan Agong terus menjadi tonggak utama dan berperanan memayungi pemerintahan negara bagi mengukuhkan kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan negara. 

MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi,
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
26 Oktober 2020

Kenyataan ini turut disokong oleh Pengerusi Gerakan Pembela UMMAH negeri-negeri, Majlis Perundingan Melayu serta pelbagai NGO seluruh Malaysia:

(1) Sdr. Md Shukor Aziz, Pengerusi Ummah Wilayah Persekutuan

(2) Ust. Kamalulhysham Bin Suhut, Pengerusi Ummah Selangor 

(3) Sdr. Hishammudin Abu Bakar, Pengerusi Ummah Melaka

(4) Sdr. Wan Mohd Faizul Wan Abas, Pengerusi Ummah Terengganu 

(5) Hj. Yamin Bin Daud, Pengerusi Ummah Kelantan 

(6) Ust. Roslan Bin Md Esa, Pengerusi Ummah Pahang

(7) Dr. Mohd Mazri Yahya, Pengerusi Ummah Johor

(8) Hj. Zul Bin Che Harun, Pengerusi Ummah Kedah 

(9) Sdr. Mohd Akhir, Pengerusi Ummah Pulau Pinang

(10) Dato Idham Lim, Pengerusi Ummah Perak

(11) Pertubuhan Yayasan Amal Malaysia

(12) Pertubuhan Muktamar Dakwah Malaysia

(13) Pertubuhan CAKNA PALESTIN MALAYSIA

(14) Pertubuhan Halwanis

(15) Pertubuhan Mesra Prihatin

(16) Pertubuhan Royalti Kelantan

(17) Pertubuhan Ikatan Wanita Prihatin

(18) Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat

(19) Pertubuhan Abrar Care Malaysia

(20) Pertubuhan Generasi

(21) MCG (Pertubuhan Pencinta Muslim Sedunia @ Muslim Care Global)

(22) Pertubuhan Halaqah Baiti Jannati.

(23) Pertubuhan Sukarelawan Pendidikan Komuniti Malaysia (Akademi KAWAN)

(24) Pertubuhan Kebajikan Hulu Langat Sejahtera

(25) Pertubuhan Muslim Care Malaysia Society

(26) Pertubuhan MyHawa Malaysia

(27) Persatuan Warga Melaka Di Perantauan

(28) Kelab Kecacatan Fizikal Selangor

(29) Kelab Sahabat Profesional

(30) Persatuan Prihatin Pandan

(31) Pertubuhan Syabab Care Malaysia

(32) Persatuan Hulu Kelang Prihatin

(33) Pertubuhan Akademi Didik Anak Muda

(34) Persatuan kebajikan amal bangi

(35) Pertubuhan Pembangunan Pendidikan Islam Sabah

(36) Kelab Sosial dan Kebajikan Cakna Puncak Alam (iCare)

(37) Langat Islamic Genaration

(38) Pertubuhan Penyeri

(39) Pertubuhan Langat Care

(40) Pertubuhan Hulu Langat Prihatin 

(41) Pertubuhan Nisa Hulu Langat

(42) Pertubuhan Semenyih Sejahtera

(43) Pertubuhan Kota Raja Care.

(44) Pertubuhan Jaringan IT Prihatin Malaysia

(45) Pertubuhan Kemajuan Ekonomi Rakyat Terengganu

(46) Persatuan Kebajikan Usrah Profesional Malaysia (UKP).

(47) Pertubuhan PASRelief

(48) Yayasan Kubra Malaysia 

(49) Yayasan Isra’ Malaysia

(50) Pertubuhan Geng Ustaz

(51) Muslim Care Global (MCG)

(52) Pertubuhan Yaman Care

(53) Pertubuhan Syabab Care

(54) Pertubuhan Azhar Care

(55) Pertubuhan Iman Care

(56) Pertubuhan Warga Cakna

(57) Pertubuhan Amal Perubtan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)

(58) Pertebuhan Medicom

(59) Pertubuhan NurFitrah

(60) Pertubuhan MusMedik

(61) Pertubahan IMWU (International Muslim Women Union Malaysia)

(62) Pertubuhan Sadaqah Centre 

(63) Pertubuhan Sahabat Care 

(64) Pertubuhan Nisa’ Malaysia 

(65) Pertubuhan Cakna Palestin 

(66) Pertubuhan Ansar Global 

(67) Pertubuhan Pemaisuri Care 

(68) Pertubuhan ERAT

(69) Persatuan Generasi Prihatin 

(70) Pertubuhan BAKEWANIS

(71) Pertubuhan IMProf

(72) Pertubuhan Misi Kembara Dakwah

(73) Pertubuhan PRIHATIN PANDAN

(74) Kumpulan Wanita Islam Kapar 

(75) Pertubuhan Ikatan Wanita Prihatin (PIWP)

(76) Pertubuhan RAHMAT CARE

(77) Pertubuhan Kelab Kebajikan Masyarakat Sinar Marang, Terengganu (KESINAR) 

(78) Pertubuhan Sahabat Muslimah Saidatina Aisyah (SMS Aisyah)

(79) Pertubuhan KT Care

(80) Sekretariat Anak Pahang Perantauan

(81) Persatuan Annajwa

(82) Pertubuhan Cinta Khazanah Alam Perak

(83) Majlis Pendidikan Islam Malaysia

(84) Pertubuhan Kebajikan dan Muafakat Malaysia

85) Pertubuhan Lestari Alam Malaysia

(86) Persatuan anak Kelantan Perantauan

(87) Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia

(88) Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia

(89) Pertubuhan Insan Sayang Kebajikan

(90) Pertubuhan Tunas Insan Serawak

(91) Pertubuhan Kebajikan Wanita Muslimah Kuala Kangsar (PEKANITA)

(92) Pertubuhan Ihsan Care Bagan Serai

(93) Pertubuhan Amal Lenggong

(94) Pertubuhan Amal Dakwah Bagan Datoh

(95) Pertubuhan Amilin Bagan Datok

(96) Pertubuhan Sahabat Greek

(97) Persatuan Wanita Islam Kuala Kangsar

(98) Persatuan Semarak Prihatin Masyarakan Perak

(99) Pertubuhan Prihatin Rakyat

(100) Pertubuhan Marhaien Sungai Siput – HARAKAHDAILY 26/10/2020

- Advertisement -