Peranan petani penting hadapi wabak Covid

- Advertisement -

TUMPAT: Golongan petani menjadi kumpulan penting yang diperlukan negara terutamanya ketika menghadapi wabak Covid-19.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, mereka merupakan pengeluar produk makanan bagi keperluan rakyat dan negara.

- Advertisement -

Katanya biarpun negara berdepan dengan penularan Covid-19 tetap membanting tulang bagi menghasilkan bahan makanan.

“Kita tidak boleh menjadikan alasan Covid untuk tidak mengusahakan aktiviti pertanian, perladangan atau menternak.

“Golongan petani dan peladang hendaklah meneruskan gerak kerja seperti biasa walaupun ketika negara dilanda Covid-19,” katanya ketika ditemui selepas majlis Santai Peladang bersama Timbalan Menteri Pertanian di Dun Pengkalan Kubor semalam.

Seramai 100 petani hadir pada program berkenaan yang dianjurkan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Tumpat. – HARAKAHDAILY 26/10/2020

- Advertisement -