Belanjawan 2021 akan sejahterakan rakyat

Belanjawan 2021 akan sejahterakan rakyat
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Armada Bersatu Malaysia akan memastikan Belanjawan 2021 menjadi agenda yang menjamin kesejahteraan semua seperti yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ria’yatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurut Ketuanya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Armada menjunjung kasih titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) YDPA dan akan terus memainkan peranan merealisasikan hasrat Tuanku YDPA.

Beliau turut menegaskan bahawa pintu perbincangan untuk Belanjawan 2021 akan sentiasa terbuka kepada mana-mana pihak yang mahu mendokong aspirasi tersebut.

- Advertisement -

“Patik sekalian menjunjung kasih atas keprihatinan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja atas keprihatinan terhadap kebajikan rakyat sekalian.

“InsyaAllah, Armada Bersatu Malaysia akan terus memainkan peranan untuk merealisasikan hasrat ini, terutamanya demi memastikan agar Belanjawan 2021 yang inklusif menjadi agenda yang menjamin kesejahteraan semua seperti yang dititahkan.

“Armada juga menegaskan bahawa pintu kami sentiasa terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pihak yang turut berkongsi aspirasi ini,” ujarnya dalam satu kenyataan selepas Istana Negara mengumumkan keputusan Seri Paduka Baginda, semalam. – HARAKAHDAILY 26/10/2020

- Advertisement -