Propaganda Anwar, kaitkan darurat ke arah kerajaan diktator

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim harus mengaku bahawa wabak Covid-19 yang berlaku sekarang adalah hasil kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menangani pada peringkat awal lagi, tegas Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi.

- Advertisement -

Sebenarnya kata beliau, ia berlaku apabila kerajaan PH gagal menghalang kemasukan pelawat-pelawat dari luar terutamanya dari negara China serta kegagalan pentadbiran lalu dalam urus tadbir hingga wujud kluster tabligh.

Manakala kata beliau, kerajaan Perikatan Nasional (PN) pula berjaya membendung wabak Covid-19 hingga tiada kes baharu positif dan ini diakui dunia.

Beliau mengakui memang tidak dinafikan antara punca gelombang ketiga apabila kerajaan PH Sabah mahukan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah diadakan bagi mengekalkan kuasanya tetapi gagal.

“Tidak dinafikan juga inilah yang menjadi punca meningkatnya kes Covid-19 di negeri Selangor.

“Kes positif Covid-19 terus meningkat di negara kita, di Selangor dan di Sabah,” katanya.

Begitu juga kata beliau kes kematian akibat Covid-19 meningkat dan sangat membimbangkan walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dikuatkuasakan semula.

Beliau yang juga Adun Sijangkang berkata sudah tentu kerajaan harus bertindak lebih dari sekadar PKP, PKPB dan PKPD.

“Kenapa Anwar tidak melihat kepada kenyataan media Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong yang menekankan soal kebimbangan wabak Covid-19.

“Kenapa masih mahu membawa persepsi politik sekiranya berlaku darurat sehingga melabel kerajaan diktator,” tegasnya.

Tambah Ahmad Yunus, adakah wabak Covid-19 ini bukan soal keselamatan negara dan apakah langkah yang akan diambil ini juga menunjukkan kebertanggungjawaban kerajaan PN dalam menangani wabak Covid-19.

“Cukuplah bermain politik semasa-mata. Beliau membawa mesej mempunyai sokongan yang majoriti untuk menjadi PM pun gagal dan hanya dongengan semata-mata. Kesannya sangat buruk kepada ekonomi dan negara kita sehingga bursa saham pun menjunam,” katanya.

Beliau berkata tumpukan bersama kepada menangani gelombang ketiga wabak Covid-19 dan jangan asyik berpolitik kerana rakyat sudah muak terutamanya politik persepsi PH.

Tegas beliau sekiranya berlaku darurat, ia adalah soal keselamatan negara berhadapan wabak Covid-19 bukan politik diktator. – HARAKAHDAILY 25/10/2020

- Advertisement -